Tuesday, 5 May 2015

SIAPA KITA?

Bismilahirrahmanirrahim.


*gambar google*


Kita ni manusia. Manusia yang asalnya daripada tanah. Ditiupkan roh ke dalam jasad kita supaya jasad kita hidup. Tanpa roh, jasad itu mati.

Berbalik kepada tajuk, kita ini SIAPA?

'saya oranglah. takkan kucing kot'
'saya manusia'
'ana khalifah Allah di muka bumi ini'

ehem.

Jika benar apa yang kita katakan, diri ini sebagai khalifah Allah SWT dimuka bumi ini, jika sebenarnya benarnya, tiada yang dusta melainkan yang benar belaka, kita ni khalifah Allah SWT, apa peranan utama kita sebagai khalifah di muka bumi ini?

'solat?'
'ikut perintah Allah?'
'berdakwah?'

Apa pun jawapannya, kita harus berbalik pada tujuan asal kita diciptakan.


Allah SWT telah berfirman dalam Surah Az Zariyat ayat 36 yang bermaksud;

" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. "


Ayat ini jelas menyatakan bahawa tujuan penciptaan kita adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

'Cemana nak abdikan diri kepada Allah?'

Mengabdikan diri itu bermaksud beribadah kepada Allah SWT. Apa pun yang kita lakukan, jika kita mulakan dengan niat untuk Allah, perkara itu dikira sebagai IBADAH.

'Sahaja aku mandi kerana Allah Taala'
'Sahaja aku makan kerana Allah Taala'
'Sahaja aku tidur kerana Allah Taala'

'Semua tu dikira ibadah?'
'Ye anakku. Tidur pun boleh dikira sebagai ibadah, jika kita niat Lillahitaala.'

'Wahh bestnya!'

Susah ke nak mulakan semua perkara kerana Allah Taala?

Katakan TIDAK!

Sebelum nak buat sesuatu perkara tu, ucap je Bismillahirrahmanirrahim. InsyaAllah lebih berkat.

TAPI, kalau dah hentam tidur satu hari sampai tinggal solat apa semua, tu bukan ibadah!

Tidur hanya untuk keperluan, bukan yang mengikut nafsu. Okay?

Selain daripada tu, mengabdikan diri juga bermaksud melaksanakan segala perintahNya dengan TAAT dan PATUH. Bukan buat apa yang disuruhNya je, justeru kita perlu meninggalkan segala perkara yang dilarang olehNya juga.

Dan ibadah ni ada banyak. Baaaaanyak sangaaaaat!

Contohnya, solat, puasa, sedekah, memberi pinjam kepada orang yang memerlukan, mengalihkan benda yang boleh menghalang jalan, memberi makan kepada yang miskin, usap kepala anak yatim, senyum, dengar cakap ibu bapa, tolong cikgu angkat buku, bagi kucing makan dan macam macam lagi la.

'Senangnya nak buat pahala!'

Memang senang.
Tapi benda yang senang ni lah yang kita rasa malas sangat nak buat. Sebab apa? Sebab kita lebih tertarik untuk buat benda yang lebih menarik, lebih exciting kateko. Dan perlu kita ketahui perkara yang menyeronokkan itu kebanyakkannya DOSA.

Ya iyalah. Seronok kan berkapel? Sawit sawit dengan boipren gelpren. Makan bersuap. Tengok wayang sama sama. Kan lagi seronok daripada bagi kucing makan. Kucing nak makan friskies, mahal, banyak duit kena keluar. Kan?

Sebab itu mujahadah itu pahit, tapi yang pastinya pengakhirannya cukup manis. Kira happy endinglah.

Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

Kalau kita sedar siapa diri kita, kalau kita letakkan Allah SWT sebagai number one dalam hati kita, hidup kita, kita mesti malu nak buat dosa.

Ye lah, cuba masa tengah buat dosa tu tetiba kita teringat, 'eh, aku ni tengah bernafas guna udara yang Allah beri ni, cemana kalau tetiba dia ambik balik udara ni? ish macam mana nanti tengah buat dosa tu, aku mati?'.

Yang sebenarnya kita ni tak pernah terfikir macam tu pun masa buat dosa. Main redah je. Yelah, kita ni muda lagi, lambat lagi nak tua, banyak lagi masa nak bertaubat. Buat dosa harini, esok esoklah taubat.

Hebat betul keyakinan kita kan?

Yakin benor satu minit lepas ni yang kita masih akan hidup. Lupa ke tentang 'Kun Fayakun?'.


Sebab tu lah kita kena rajin muhasabah diri. Ya, kita manusia tak sempurna. Sentiasa melakukan dosa semasa sedar dan tidak sedar. Tapi kita kan boleh berusaha untuk mengelak daripada melakukan sesuatu dosa tu? Ye dok?

Kerana itu jika kita ni solat tak tinggal, puasa pun penuh, tapi kita masih buat dosa, cuba check balik ibadah yang kita buat tu. Adakah kita solat kerana ikhlas melaksanakan perintah Allah atau cukup sekadar 'aku dah solat'? Adakah kita puasa itu ikhlas melaksanakan kewajipan kita terhadap Allah atau sekadar 'aku sudah berpuasa'?

Check balik niat. Check balik hati. Check balik iman.

Mungkin penyebab utama kita masih melakukan dosa adalah terdapat kelonggaran dalam ibadah yang kita lakukan. Mungkin dalam solat kita lalai, tak 100% tumpu perhatian. Mungkin dalam puasa kita cukup sekadar menahan lapar, tetapi tidak menahan nafsu, tidak menjaga mata.

Check balik ibadah kita. Tajdid semula niat. Lillahhitaala.

Sedarlah wahai diri, kita ini cuma Hamba. Tugas kita beribadah.

Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah



Buang yang keruh, ambil yang jernih, Berusaha menjadi yang lebih baik.

Moga kita dikurniakan petunjuk dan hidayah daripadaNya. InsyaAllah. Allah humma aamiin.

Saya ni budak baru belajar. Jika ada yang tersilap, mohon tunjukkan yang benar.
Wallahualam :)


PROLOGUE

Assalamualaikum. Hai.

As you know this blog was created in 2011 *for those who started following me on that year*, but unintentionally I have stopped posting due to some personal reasons.

Jadi, sekarang saya mengidam nak blogging semula. Semua post lama sudah di delete. Takpe, kita mulakan hidup baru. Barang yang lepas jangan dikenang, kan?

And I want to apologise to all readers since my posts years and years ago are immature 'cause i keep posting about my daily life that I'm so sure you are not so interested to read it.

So now, I'll try my best to write a post yang lebih berilmu pengetahuan la gittew. Lebih kurang lah.

Dan saya juga akan menggunakan dwi bahasa *sebab nak cakap fully english memang tak ah. nak cakap fully malay macam tak best kan. k lol*.

Okay, that's enough. I think this intro is just nice. K LOL.

Moga blog ini mampu memberi manfaat kepada kalian. InsyaAllah. Allah humma aamiin.

Kbai.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mer Ahmad di:

https://twitter.com/MerAhmad_
https://instagram.com/mer.ahmad/
http://weheartit.com/MerAhmad_
http://ask.fm/zzatt_